Pelajar 12

Pihak penganjur Kejohanan Scholastic Catur Negara 2017 perlu mendedahkan kod berpakaian yang dikatakan sebagi diingkari oleh pemain catur berusia 12 tahun.

Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy berkata, pihak penganjur perlu dengan segera menjelaskan perkara tersebut dan meminta maaf.

“Jika mereka mengatakan beliau melanggar peraturan, mereka perlu menunjukkan kod berpakaian dan kod mana yang dilanggar atau ia sekadar pendapat yang tidak mempunyai asas,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada minggu lepas, jurulatih catur Kaushal Khandhar berkata, pengarah kejohanan dan ketua pengadil tidak membenarkan gadis itu untuk bertanding kerana pakaian beliau.

Ketua pengadil kemudian mengakui dan memohon maaf kepada gadis itu dan memberi jaminan bahawa tiada apa yang salah dengan pakaiannya tetapi tidak dapat mengubah keputusan pengarah kejohanan, katanya.

Gadis itu digugurkan daripada kejohanan berkenaan setelah perbincangan mengenainya diadakan pada jam kira-kira 10 malam dan tidak sempat untuk membeli pakaian baru kerana semua kedai telah ditutup.

Kaushal menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada pengarah kejohanan itu dalam tempoh lima hari, dan jika tidak, katanya, mereka “tidak mempunyai pilihan selain mengambil tindakan undang-undang”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here