Sorok Minyak Masak

LANGKAWI, 7 Nov — Seorang pengusaha kedai runcit hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan sorok minyak masak di premis perniagaannya pada bulan lepas.

Lim Hak Liang, 41, dituduh menyorok sebanyak 885kg minyak masak di kedainya di Kuah di sini dalam pemeriksaan pasukan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 29 Okt lepas.

Bagaimanapun Majistret Nurshahida Abdul Rahim membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Jan depan untuk sebutan semula kes itu.

Tarikh sebutan semula kes itu dipohon Pegawai Pendakwa KPDNKK Tarmezy Mohamad yang mememerlukan masa bagi memperolehi laporan kimia minyak masak yang dirampas daripada tertuduh.

Lim didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 akta sama yang membawa hukuman denda RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

LEAVE A REPLY