1MDB
Foto oleh FMT

Seorang pengurus bank swasta yang bekerja untuk ahli perniagaan Malaysia Jho Low telah menghadiri perbicaraan di Singapura dalam kes jenayah yang pertama berpunca dari siasatan global ke atas syarikat pelaburan dana kerajaan Malaysia, 1MDB.

Yeo Jiawei, 33, pengurus perancang kewangan bank Swiss BSI antara Disember 2009 dan Julai 2014, memainkan “peranan utama” dalam aktiviti yang berkaitan dengan kes pengubahan wang haram yang kompleks dan multinasional menurut dakwaan pihak pendakwa.

Yeo meninggalkan BSI untuk bekerja untuk Low, yang pada masa itu merupakan orang kepercayaan keluarga perdana menteri Malaysia. Beliau telah dituduh oleh pihak berkuasa US dalam kes penggubahan wang haram daripada dana 1MDB dengan menikmati gaya hidup yang mewah daripada hasil tersebut.

Perbicaraan di Singapura ini adalah kali pertama nama Low disebut dalam prosiding jenayah, walaupun beliau tidak dituduh melakukan sebarang salah laku.

Kevin Swampillai, penyelia Yeo di BSI Singapura, memberitahu mahkamah bahawa Yeo telah berhenti daripada bank BSI untuk bekerja dengan Low setelah tertarik dengan prospek gaya hidup mewah Low.

“Dia akan bekerja dengan Low Taek Jho [nama penuh Jho Low], yang pada masa itu adalah personaliti yang agak menonjol. Low mempunyai status yang seakan selebriti, dengan menawaran pelaburan yang besar di seluruh dunia. Sesiapa sahaja yang  bekerja untuk dia mungkin akan terdedah kepada gaya hidup sebegitu. ”

Low, warganegara Malaysia yang tiada jawatan rasmi di dalam 1MDB, didakwa oleh pendakwa raya US kerana menggunakan dana 1MDB untuk membayar untuk gaya hidup mewah dan harta benda termasuk sebuah jet peribadi Bombardier bernilai RM148.5 juta.

Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, dana 1MDB juga telah digunakan oleh Low untuk membayar aktiviti perjudian di Las Vegas dengan bintang Hollywood Leonardo DiCaprio dan Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.

Swampillai memberitahu mahkamah bahawa Yeo pernah menghantar mesej kepadanya untuk mengatakan bahawa dia sedang dalam perjalanan, dan kemudian menghantar gambar bahagian dalam jet peribadi Mr Low, menunjukkan ahli perniagaan Malaysia di atas kapal.

Yeo juga memberitahu bekas penyelianya bahawa dia telah menghadiri satu perlawanan tinju di Las Vegas dengan Low, di mana dia telah mengambil gambar beliau dengan Mike Tyson, bekas juara tinju heavyweight dunia.

Yeo telah memperoleh kekayaan sebanyak RM76 juta, termasuk wang daripada skim haram untuk menipu bank ketika dia berada di BSI, mahkamah Singapura yang diberitahu dalam satu kenyataan pembukaan pendakwaan minggu ini.

Pihak pendakwaan berkata bahawa Yeo dan Swampillai telah mengambil sebahagian daripada yuran daripada urus niaga tanpa pengetahuan bank.

BSI telah diarahkan untuk memberhentikan operasi oleh penyelia kewangan Switzerland, yang menjumpai terdapatnya pelanggaran serius terhadap peraturan anti-pengubahan wang haram melalui transaksi dikaitkan dengan 1MDB.

Dua bekas pekerja BSI, Yak Chee Yew dan Yvonne Seah Yew Foong, didakwa bulan lalu dengan kesalahan termasuk pemalsuan dan kegagalan untuk mendedahkan transaksi yang mencurigakan. Kebanyakan caj berkaitan adalah dengan akaun bank yang dipegang oleh Jho Low.

LEAVE A REPLY