Pedulikan

Pedulikan sebarang kritikan dibuat pemimpin muda PKR, Datuk Adam Rosly terhadap mana-mana pimpinan tertinggi dalam parti termasuk kepada Rafizi Ramli tidak seharusnya dilayan.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, Adam kini bercuti dari parti ekoran berdepan dengan siasatan rasuah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Adam Rosly sedang bercuti, maka tak perlu lah kita endahkan apa-apa kenyataan memandangkan tumpuan bagi pimpinan untuk melawan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sebuah kolej di Kajang hari ini selepas diminta mengulas serangan yang dilakukan Adam terhadap Rafizi yang menuntut supaya Anggota Parlimen Pandan itu telus berkaitan dana Invoke dan NOW.

Malah, Nurul Izzah turut dilihat mempertahankan ahli Parlimen Pandan itu yang disabitkan bersalah kerana mendedahkan dokumen-dokumen yang tertakluk bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).’

“Rafizi Ramli dikenali dan tersohor dengan komitmen beliau mendedahkan rasuah BN.

“Kita ketahui beliau menjadi mangsa kepada salah seorang pembocor matlamat yang penting dalam pembinaan, pengukuhan demokrasi dalam negara kita,” katanya.P

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here