PDRM
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar - Foto oleh Bernama

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menyemak kesahihan dokumen yang mendakwa bahawa kumpulan tempatan telah menerima dana asing.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu akhbar harian New Straits Times (NST) bahawa saksi juga akan dipanggil untuk dirakamkan kenyataan mereka. Pada 22 Jun 2015, media telah melaporkan kebocoran maklumat di laman web DC Leaks, bahawa terdapat usaha yang buat oleh Open Source Foundation (OSF) yang dipengerusikan oleh jutawan Amerika George Soros, untuk campur tangan dalam politik Malaysia.

“Ya, kami telah menubuhkan ia (pasukan petugas) dan kita akan panggil (untuk merekodkan kenyataan) mereka yang kita percaya mempunyai maklumat,” menurut Khalid.

Antara yang hadir pada mesyuarat Program Malaysia OSF, yang kononnya menyokong pilihan raya bebas dan adil, ialah Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian. Mesyuarat itu menurut beliau, tidak menunjukkan campur tangan asing dalam politik dalaman Malaysia.

Dokumen itu dilaporkan berkata portal video berita Malaysiakini, KiniTV juga telah menerima pembiayaan daripada Program Malaysia tersebut.

Malaysiakini semalam berkata pemberian itu telah digunakan untuk menghasilkan program Realiti Sarawak dan Sekilas Bumi Kenyalang dan mendakwa ia hanya merupakan sebahagian kecil daripada pendapatannya.

Malay Mail dan NST telah mengaitkan Program Malaysia dengan gerakan Bersih 2.0, walaupun kumpulan itu tidak disebut dalam dokumen itu.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah pula membalas bahawa organisasinya tidak menerima apa-apa wang dari OSF sejak pertengahan 2011 dan seterusnya.

LEAVE A REPLY