KUALA LUMPUR, 11 April — Tidak membenarkan ceramah “persamaan Hindu dan Islam” oleh seorang tokoh jemputan dari luar negara Dr Zakir Naik yang dijadual Ahad ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ceramah di sebuah kampus di Melaka tidak dibenarkan “demi ketenteraman awam dan sensitiviti agama di Malaysia”.

Pemuda MIC semalam mahu membuat aduan polis di seluruh negara bagi menghalang penceramah kontroversi itu memberi ucapan di negara ini.

Ketua Pemuda C Sivarrajah berkata mereka juga sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan perintah mahkamah menghalang doktor kelahiran India itu yang mahir aliran Salafi.

Semalam, lebih 30,000 orang memenuhi stadium Gong Badak di Kuala Terengganu untuk mendengar ceramah pendakwah terkenal dari India itu.

Dr Zakir, 50, yang tiba di negeri ini beberapa hari lalu menyampaikan ceramah bertajuk ‘The importance of unity among Muslim ummah’ selama dua jam bermula 9.45 malam. – MalayMail

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here