PDRM Larang

Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan haram yang akan diadakan di sebuah kuil Hindu di Butterworth, Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Azmi Adam berkata perhimpunan tanpa permit itu melanggar undang-undang dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan kerana ia bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Penganjur iaitu seorang anggota jawatankuasa kuil itu telah menghantar notis pada 12 Mei lepas memaklumkan mahu mengadakan perhimpunan atau protes besar-besaran di situ (kuil) bagi menentang seorang mufti dan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik.

“Polis menolak permohonan itu kerana ia melanggar Akta Perhimpunan Aman iaitu mengadakan perhimpunan di tempat ibadat dan terdapat bantahan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bimbang, jika ia diteruskan akan menimbulkan kekacauan dan ketegangan kaum,” katanya dalam saty sidang akhbar di Kepala Batas hari ini.

Pada hari Isnin, tiga NGO Pulau Pinang meminta polis mengambil tindakan terhadap Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang didakwa cuba menghasut masyarakat India di negeri ini, supaya menyertai protes besar-besaran di sebuah kuil Hindu di Butterworth Ahad ini.

Azmi berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan orang ramai yang hadir pada perhimpunan itu namun tidak melarang jika mereka mahu bersembahyang di kuil berkenaan.

“Tiga kain rentang digantung di daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan sejak Jumaat lepas bagi memaklumkan perhimpunan itu, juga telah diturunkan,” katanya.

Beliau berkata setakat ini polis menerima dua laporan polis daripada NGO yang membantah penganjuran perhimpunan itu.

– Bernama

SHARE
Previous articleAzmin Dijangka Akan Pecat Exco PAS
Next articleMalu
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here