paul

Manchester United akhirnya selesai menandatangani kontrak sebanyak 100 juta pound (RM535.72 juta) Рrekod perpindahan dunia dengan Paul Pogba.

Akhirnya pemain tengah berbakat yang paling menjadi permintaan itu tiba dari Juventus untuk menyertai semula United setelah meninggalkan kelab itu pada 2012.

Pogba, 23, yang akan memakai jersi nombor 6 di Old Trafford telah menandatangani kontrak selama lima tahun dengan bayaran gaji sebanyak 290,000 pound setiap minggu untuk berada di bawah skuad Jose Mourinho.

Bercakap kepada laman web kelab itu, Pogba berkata: “Saya amat gembira untuk menyertai semula United. Ia sentiasa menjadi kelab yang mempunyai tempat istimewa di hati saya dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Jose Mourinho.

“Saya menikmati pengalaman yang indah di Juventus dan mempunyai beberapa kenangan hebat bersama pemain kelab itu. Tetapi saya rasa ini adalah masa yang sesuai untuk kembali ke Old Trafford.

image via Manchester United Website

“Saya sentiasa gembira bermain di hadapan peminat dan tidak sabar untuk memberi sumbangan kepada pasukan. Ini adalah kelab terbaik untuk saya capai segala yang diharapkan dalam sukan ini.”

Sementara itu Mourinho memuji Pogba dan percaya beliau akan memberikan kejayaan besar setelah kembali ke kelab itu.

“Paul adalah salah seorang pemain terbaik dunia dan akan menjadi bahagian penting dalam pasukan United yang saya mahu bina untuk masa depan. Beliau tangkas, kuat, menjaringkan gol dan boleh membaca permainan dengan lebih baik berbanding pemain yang lebih senior daripadanya.

“Beliau masih muda dan akan terus memperbaiki diri; dia mempunyai peluang untuk berada di hati kelab ini bagi dekad akan datang dan seterusnya,” kata Mourinho.

Pogba dibawa ke Kompleks Latihan Aon United dalam sebuah Chevrolet Camaro pada petang Isnin untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selepas mendarat dalam penerbangan dari Nice setelah berada di New York.

image via Daily Mail UK

Beliau diiringi seorang kakitangan keselamatan United yang turut berada di dalam keretanya.

LEAVE A REPLY