PAS

Aktivis politik Chegubard mendakwa PAS Kota Raja telah menyalahgunakan kemudahan di Surau Al-Falah dengan mengadakan permukiman di pilihan raya umum ke-14 akan datang.

“Dari gambar tersebut jelas diadakan di ruang solat,” tulis Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin di blognya semalam.

Bagaimanapun, PAS kawasan itu semalam menafikan perkara itu dan menyifatkan dakwaan bekas anggota PKR yang dipecat itu sebagai “fitnah”.

Pemangku yang dipertua PAS Kota Raja Mohd Diah Baharu mengakui acara itu dilangsungkan di situ.

Bagaimanapun, katanya, tempat itu kini sudah tidak lagi digunakan sebagai surau dan disubah suai kepada tempat kegiatan kemasyarakatan dengan nama Pusat Ilmu Al-Falah.

“Fitnah tu.

“Bangunan telah tidak digunakan sebagai surau atau tempat ibadat apabila masjid Jalan Kebun (tidak jauh dari situ) siap di bina dan mula digunakan,” kata Mohd Diah kepada Malaysiakini.

“AJK kariah ubah suai bangunan itu jadi “Pusat Ilmu Al-Falah” untuk aktiviti pendidikan dan kemasyarakatan anak kariah serta disewakan kepada pihak luar untuk program-program dalaman atau tertutup seperti seminar, kursus dan lain-lain.”

Pada 2 Jun lepas, sultan Selangor dukacita dengan tindakan Sivarasa yang menyampaikan ucapan di ruang solat masjid itu pada 24 Mei lalu.

Baginda menitahkan agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat dengan terperinci dan mengambil tindakan lanjut terhadap anggota jawatankuasa masjid (AJK) yang melanggar peraturan.

Bagaimanapun, Sivarasa menafikan memberi ceramah politik ketika menyampaikan sumbangan untuk masjid dan surau di kawasan parlimen itu.

1 COMMENT

  1. Masjid Taman Kosas, Ampang, Selangor, siap jemput NAIB PRESIDEN PAS/MP Bukit Gantang, Perak utk bagi TAZKIRAH/JADI KHATIB/JADI IMAM SOLAT JUMAAT pada 9.6.2017 walaupun Tuanku Sultan Selangor dah berbuih mulut bertitah melarang ahli politik berceramah dalam Masjid. Tidak ada apa2 tindakan pun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here