PAS
Foto oleh FMT

DUA kenyataan pimpinan tertinggi PAS dalam minggu ini telah menghadirkan gempar dalam senario politik tempatan.

Kenyataan Mursidul Am PAS , Hashim Jasin mengenai kesediaan PAS untuk menentang BN satu lawan satu menjelang pru ke 14 kelak tidaklah mengejutkan.

Lebih memanaskan suhu politik apabila kenyataan itu dibalas dengan nada yang sama oleh Presiden PAS Haji Hadi Awang yang menyatakan kesediaan PAS untuk sedia berunding dengan rakan pembangkang lain dengan syarat rumah PAS tidak diganggu lagi.

Dua kenyataan ini lantas disambut oleh Lim Kit Siang yang bertanyakan samada pengumuman PAS ini juga bermaksud PAS sedia meninggalkan sebarang usul perjuangan persendirian?

lim-kit-siang-640x320

Walaupun soalan Lim Kit Siang ini belum dijawap, namun ianya masih mewujudkan harapan bakal terjalinnya kerjasama positif di antara pembangkang.

Penulis melihat isu ini dalam beberapa sudut.

Pertama, usul satu lawan satu ini dijangka menjadi realiti berdasarkan respon parti PKR dan PPBM yang dilihat boleh memainkan peranan untuk mengajak kembali PAS ke meja pembangkang.

Kedua, walaupun terdapat pergeseran pandangan antara PAS, DAP dan AMANAH, namun ianya dijangka tidak menjadi halangan untuk pembangkang merealisasikan agenda satu lawan satu menentang bn menjelang pru ke 14 kelak.

Sejak beberapa bulan ini, kita diperlihatkan ketegangan ketegangan pandangan antara PAS, DAP dan AMANAH semakin reda dan jarang berpanjangan.

Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor sendiri telah mewujudkan persefahaman di kalangan parti pembangkang apabila ketika mana PAS sudah tidak lagi bersama Pakatan Harapan, Adun PAS masih lagi dikekalkan sebagai Exco bersama dengan Adun DAP yang lain.

Kesediaan PAS kembali ke meja rundingan pakatan pembangkang walaupun sudah tidak lagi tidur sebantal, tidaklah mengejutkan penulis.

Pada PRU 1999, PAS bersama PKR, DAP dan PRM membentuk gabungan pembangkang yang diberi nama Barisan Alternatif. PAS memerintah Terengganu pasca PRU tersebut dan terus mengekalkan Kelantan sehinggalah ke hari ini.

undiba

Pada 2001, gabungan ini berpecah apabila PAS mengisytiharkan bahawa mereka mahu mewujudkan negara Islam dan Hudud dalam agenda perjuangan mereka. Hasilnya pada PRU pada 2004, pembangkang tewas teruk di tangan BN.

PRU 2008 pula menyaksikan pembangkang sekali lagi bergabung membentuk gabungan baharu dinamakan Pakatan Rakyat.

Hasil kesepekatan ini, ditambah dengan protes pengundi terhadap BN dan pengaruh gerakan HINDRAF, pembangkang berjaya merampas lima (5) buah negeri dan BN kehilangan banyak kerusi Parlimen.

PRU 2013 juga begitu. Pembangkang meneruskan penguasaan dan momentum biarpun kehilangan Kedah.

Namun pada 2015, pembangkang kembali berpecah apabila beberapa pemimpin yang tewas dalam pemilihan pimpinan PAS telah mengasaskan parti baharu dinamakan AMANAH dan bergabung bersama DAP dan PKR, sekaligus membentuk Pakatan Harapan.

pakatan-harapan_600_2
Foto oleh FMT

Jelas berdasarkan kepada fakta, tiada mustahilnya untuk PAS kembali semula ke meja rundingan dan bersetuju untuk mewujudkan satu bentuk konsensus asas iaitu keperluan satu lawan satu menentang BN menjelang PRU ke 14 kelak.

Mengambil kira kesemua faktor ini, BN seharusnya lebih bersedia.

Azhar Lineker adalah salah seorang pembaca setia Malaysian Access. Artikel yang ditulis adalah merupakan pandangan peribadi beliau.

LEAVE A REPLY