Sumber imej: FMT

PAS mempersoalkan keyakinan MCA yang merancang mahu membuka pintu kepada ahli bukan Cina, dengan berkata ia seolah-olah menunjukkan parti itu tidak lagi yakin dengan parti-parti komponen BN iaitu parti Melayu Umno dan parti India MIC.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kepimpinan tertinggi BN serta orang ramai menyanyikan lagu parti tersebut sempena Perhimpunan Janji 1Malaysia Rakyat Didahulukan pada Pelancaran Manifesto BN pada PRU 2013. Sumber imej: theborneopost.com

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan kebingungan siapa agaknya yang disasarkan parti eksklusif Cina yang menjadi rakan Umno dalam Barisan Nasional itu.

“Sebenarnya, siapakah yang MCA harapkan menjadi ‘rakan’? Mereka yang tidak menyokong Umno tapi menyokong MCA? Apakah ada golongan ini?” soal Tuan Ibrahim, yang berkata MCA sudah hilang keyakinan dengan Umno dan MIC.

“Dengan sokongan MCA pada isu 1MDB versi Umno, selamat berjaya,” tambah beliau dalam ulasan ringkas kepada FMT.

Semalam, Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon dipetik akhbar The Sun sebagai berkata parti itu pada dasarnya bersetuju dengan cadangan mengalu-alukan kaum lain sebagai “ahli bersekutu” dan perbincangan mengenai cadangan itu masih diteruskan dari semasa ke semasa.

“Kekal sebagai parti satu kaum akan menjadikan MCA lemah kerana hakikatnya Malaysia adalah negara majmuk yang mengamalkan pelbagai budaya, tetapi kami hanya cuba mendapatkan sokongan daripada masyarakat Cina,” kata Chong.

Jelasnya, cadangan itu akan dibangkitkan pada perhimpunan agung MCA akan datang dan sebaik sahaja diluluskan, perlembagaan akan dipinda untuk memudahkan pengambilan kaum lain sebagai “ahli bersekutu”.

MCA tidak sehaluan dengan pendirian pelaksanaan Hudud oleh PAS. Sumber foto: thestar.com.my

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim mengingatkan idea “ahli bersekutu” itu sudah lama diamalkan PAS apabila ia melancarkan Kelab Penyokong PAS, yang seterusnya dinaik taraf sebagai salah sebuah sayap parti Islam itu menjadi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), khusus untuk bukan Islam.

“Satu masa dahulu, ramai yang mencemuh idea PAS menubuhkan DHPP. Hari ini MCA nampaknya mula menceduk idea yang sama,” kata beliau.

SOURCEFMT
SHARE
Previous articleImpak Persona Sharnaaz Ahmad
Next articleBERSIH Rally: An Open Letter To Malaysians
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY