PAS Lebih

Kajian yang dijalankan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah mendapati bahawa PAS lebih popular daripada BN pada pertengahan tahun lepas.

Kaji selidik ke atas 3,000 responden itu mendapati 44.4 peratus menyatakan sokongan kepada PAS, berbanding 36.2 peratus kepada BN dan 25.9 peratus terhadap PKR.

Sementara itu, 16.7 peratus berkata mereka menentang PAS berbanding BN dan PKR yang masing-masing menerima tentangan daripada 27.2 peratus responden. Baki selebihnya berkata mereka tidak pasti.

 

Satu kajian susulan akan dijalankan pada bulan Ramadan yang akan datang.

Mengenai PAS pula, sebanyak 38.4 peratus daripada responden berkata parti Islam itu perlu meletakkan ulama sebagai calon pilihan raya, berbanding 14.5 peratus yang tidak bersetuju.

Apabila ditanya sama ada pelaksanaan hudud seharusnya berada di dalam manifesto pilihan raya PAS, 35.2 peratus bersetuju manakala 17.6 peratus tidak bersetuju.

Hanya 14.8 peratus bersetuju bahawa PAS perlu menyertai Pakatan Harapan, berbanding 29.5 peratus yang merasakan parti itu perlu berjuang bersendirian. – Malaysiakini –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here