Sumber imej: bnbbc.my

Parti baharu yang diterajui bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berasaskan Melayu kerana mahu mengelak bersaing keahlian dengan parti pembangkang berbilang bangsa lain, kata Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Dr. Mahathir berkata, pakatan berkenaan akan disertai DAP, PKR, PAN serta sebuah parti baharu yang akan ditubuhkan oleh beliau dalam masa terdekat dengan matlamat utama untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) pada awal Julai lepas. Sumber foto: Utusan Online

“Parti baharu ini tidak wajar bersaing untuk merebut keahlian dengan rakan-rakan pembangkang yang lain.

“PKR, DAP dan Amanah adalah parti berbilang bangsa, jadi konsep parti baharu ini yang hendak tumpukan pada bangsa Melayu dan bumiputera adalah tindakan yang amat wajar sekali,” kata bekas naib ketua Umno Batu Kawan itu, sambil menambah ia merupakan pendapat peribadi beliau.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ketika mengadakan sidang media Deklarasi Rakyat di Kelab Persatuan Alumni UM, Kuala Lumpur. Turut bersama, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (dua dari kiri) dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan). Sumber foto: BHOnline

Khairuddin memberitahu FMT, fokus Melayu itu juga dapat menarik ahli Umno yang lebih mengenali corak kepimimpinan Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya setuju ianya mestilah dijadikan Malay base parti agar mudah untuk parti baru menarik lebih ramai ahli-ahli Umno akar umbi khususnya yang berasa selesa untuk bernaung di bawah parti baru ini,” kata Khairuddin, yang turut bersama dalam perjumpaan semalam di kediaman Dr Mahathir bagi membincangkan penubuhan jawatankuasa penaja.

Mesyuarat itu melantik Muhyiddin sebagai presiden, bersama enam lagi bekas pemimpin Umno lain termasuk Dr Mahathir sebagai pengerusi dan Kamarulzaman Habbibur Rahman sebagai setiausaha. Empat lain ialah bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Akramshah Sanusi, aktivis pelajar Syed Saddiq Abdul Rahman dan bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin.

SOURCEFMT
SHARE
Previous articleIkan Duyung Watak Baru Channing Tatum
Next articleYuna Berang Video Parodi ‘Meletop’
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here