Sumber imej: facebook.com

Dua bekas pemimpin Umno hari ini mengesahkan penubuhan jawatankuasa penaja (protem) parti baharu semalam, dengan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti bersama enam lagi bekas pemimpin Umno lain.

“Fokus parti baharu ini adalah kepada bumiputera, malah nama parti juga sudah ditetapkan cuma tunggu pengumuman rasmi nanti,” kata bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin, yang turut serta dalam perbincangan tiga jam malam semalam di kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perbincangan itu bersetuju Dr Mahathir dilantik pengerusi, dan Kamarulzaman Habbibur Rahman sebagai setiausaha.

Anina berkata tujuh nama dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai proses awal sebelum jawatankuasa penuh parti dibentuk selepas pendaftaran diluluskan. Sumber imej: FMT

Selain Anina, tiga lain ialah bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Akramshah Sanusi dan aktivis pelajar Syed Saddiq Abdul Rahman.

Bercakap kepada FMT, Anina berkata tujuh nama dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai proses awal sebelum jawatankuasa penuh parti dibentuk selepas pendaftaran diluluskan.

Sementara itu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut serta dalam mesyuarat semalam, berkata pendaftaran parti akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Inilah yang penyokong setia sedang menunggu dan kini ianya mula bergerak secara rasmi,” katanya ketika dihubungi FMT.

LEAVE A REPLY