Video Whatsapp

Aplikasi mesej terkenal di dunia ini kini memperkenalkan ciri panggilan video Whatsapp bagi semua pengguna mereka. ‘Kami memperkenalkan ciri-ciri ini kerana kita tahu bahawa kadang-kadang dengan hanya suara dan teks, ia tidak cukup,” kata syarikat itu.

‘Tiada memori yang dapat menggantikan saat menonton cucu anda memulakan langkah yang pertama dalam hidup mereka, atau melihat wajah anak perempuan anda semasa dia belajar di luar negara.’

Pengenalan ini adalah sebagai satu langkah bagi menjaga privasi pengguna di atas kebimbangan tentang potensi pengawasan ketat kerajaan dalam aplikasi mesej sosial terutama oleh rakyat Amerika Syarikat di bawah pentadbiran baru Trump.

WhatsApp, yang mempunyai lebih daripada satu bilion pengguna di seluruh dunia, yang memperkenalkan penyulitan pengguna-ke-pengguna (end-to-end encryption) awal tahun ini, menjadikannya secara teknikal mustahil untuk pihak berkuasa kerajaan untuk membaca mesej atau mendengar panggilan yang dilakukan pengguna aplikasi ini.

Perkhidmatan panggilan video Whatsapp yang baru ini akan menyediakan satu lagi cara untuk orang ramai berkomunikasi tanpa rasa takut perbualan mereka di curi dengar oleh pihak ketiga, walaupun pada hakikatnya WhatsApp memerlukan pengguna berkongsi data mereka seperti senarai kenalan.

Cara Membuat Panggilan Video Whatsapp

Membuat panggilan video pada aplikasi WhatsApp adalah amat mudah.

1) Buka ‘chat’

2) Klik pada ikon ‘panggilan’

3) Pilih ‘Panggilan video’

4) Tunggu sehingga individu yang anda panggil untuk menjawab panggilan

Perkhidmatan video ini adalah baik dan bersepadu. Ia turut menambah beberapa kelainan berbanding perkhidmatan seumpamanya.

LEAVE A REPLY