Pakatan Harapan

Pakatan Harapan (HARAPAN), sempena Hari Pekerja 2017 akan mengusulkan empat fokus utama dalam isu pekerja Malaysia yang akan diberikan penyelesaian lebih baik sekiranya berjaya memegang tampuk kuasa.

Empat fokus tersebut ialah masalah peningkatan kos sara hidup, mengurangkan pengangguran anak muda, mempertahan hak pekerja sambilan dan membantu rakyat Malaysia yang bekerja di luar negeri.

“Sekiranya HARAPAN membentuk kerajaan pusat, kami akan hapuskan GST yang merupakan satu cukai regresif yang menzalimi rakyat terutamanya golongan miskin.

” Kami juga akan hapuskan kapitalisme kroni dan memastikan persaingan sihat dalam penyediaan pelbagai barangan dan perkhidmatan seperti beras, jalan bertol, perkhidmatan telco dan internet,” kata HARAPAN.

HARAPAN berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagi mengurangkan pengangguran di kalangan anak muda, HARAPAN telah mengarahkan jawatankuasa manifesto dan dasar pakatan untuk bertemu dengan pelbagai kumpulan sasar serta pihak berkepentingan pada Mei ini.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk mewujudkan pelan tindakan untuk mengurangkan pengangguran anak muda di bawah kerajaan HARAPAN, tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here