Pakatan
Image via NST

Pakatan Harapan mempunyai pilihan yang lain bagi calon Perdana Menteri dengan memilih  Datuk Seri Anwar Ibrahim  jika kemenangan PRU14 berpihak kepada mereka.

Datuk Saifuddin Abdullah berkata, jika beliau masih lagi dipenjarakan, oleh itu seorang Perdana Menteri interim perlu dilantik di mana calon Pakatan Harapan masih lagi Anwar. 

Persoalan ini adalah bagi menjawab kenyataan Tun Mahathir yang mengumumkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi PM jika mereka memenangi PRU selepas ini.

 

“Jika ia terhalang kerana beliau (Anwar) dipenjarakan, kita boleh melantik perdana menteri interim sementara menunggunya dibebaskan,” katanya dalam satu kenyataannya di Facebook, semalam.

Dalam kenyataan sama, Saifuddin turut memberi analisis mengenai persamaan sitausi ini dengan keadaan politik di Turki.

“Tayyip Erdogan dihalang daripada menjadi perdana menteri selepas partinya memenangi pilihan raya pada tahun 2002 kerana diharamkan memegang jawatan politik. Disebabkan itu, Abdullah Gul dilantik menjadi perdana menteri interim sehingga kerajaan membatalkan sekatan terhadap Erdogan pada tahun 2003.

“Tapi hari ini, elok fokus tubuh gabungan pembangkang yang lebih besar dahulu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here