pas

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan bakal mengadakan konvensyennya yang pertama esok tanpa PAS, dengan matlamat untuk membincangkan penubuhan gabungan pembangkang yang lebih besar dan kuat.

Ketua Setiausahanya Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, konvensyen itu juga bagi mewujudkan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

20160109_pakatan_amanah_07_620_413_100

“Konvensyen akan dihadiri 1,000 orang anggota daripada ketiga-tiga parti Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan Amanah, dan tetamu undangan.

“Ia akan diisi dengan perbahasan oleh beberapa lapisan pimpinan Pakatan Harapan, termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng dan Muhamad Sabu,” katanya.

Saifuddin turut memaklumkan, parti serpihan UMNO iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan diundang ke konvensyen tersebut.

“Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasin juga akan memberikan ucapannya iaitu bersama-sama dengan tiga pimpinan utama Pakatan Harapan.

“Di samping itu, Tun Dr Mahathir akan menyampaikan Pidato Khas di konvensyen ini,” ujarnya.

Konvensyen Pakatan Harapan yang pertama kali diadakan akan berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Dalam pada itu, PAS tidak akan menghadiri konvensyen tersebut atas alasan tidak lagi bekerjasama dengan DAP.

PAS
Foto oleh FMT

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan Tantawi berkata, PAS hanya menjalinkan kerjasama dengan PKR dan bukannya Pakatan Harapan kerana DAP turut berada di dalam gabungan itu.

“PAS bukan kerjasama dengan Pakatan Harapan, ini bukan konvensyen PKR,” KATA Nasrudin ketika ditanya sebab tidak menghadiri konvensyen itu.

“Ya, kita tak hadir sebab DAP. Kita dah lama putus hubungan dengan DAP,” katanya seperti dipetik portal berita itu.

LEAVE A REPLY