Pakatan

TASEK GELUGOR: Pakatan Harapan tidak akan memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) jika berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Sebaliknya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan tidak akan meneruskan peratusan semasa yang sangat “tinggi”.

“Kami sedar tentang kesusahan yang dihadapi oleh rakyat.

“Kita tidak akan mengenakan apa-apa peratusan yang tinggi dan membebankan rakyat,” katanya ketika berucap semasa ceramah anjuran Parti Pribumi Bumiputera Malaysia (PPBM) di Pulau Pinang..

Turut hadir adalah Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nada ini berbeza sekali dengan pandangan awal pakatan pembangkang, yang sebelum ini telah menegaskan bahawa ia akan menghapuskan GST jika ia mengambil Putrajaya.

Pakatan telah pun menganjurkan perhimpunan anti-GST di KL April lalu.

Seawal Januari tahun ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang dipetik sebagai berkata bahawa pembangkang akan menghapuskan GST jika ia mengambil alih kawalan kerajaan Persekutuan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 2015 juga mencadangkan bahawa gabungan itu akan mencadangkan untuk memansuhkan GST dalam Bajet Alternatif untuk 2016.

Dr Mahathir, pada majlis pelancaran PPBM pada awal tahun ini, telah juga mengisytiharkan bahawa jika pembangkang memenangi pilihan raya umum, GST akan dimansuhkan secara beransur-ansur dan digantikan dengan cukai jualan “mengikut kehendak rakyat.”

GST kini ditetapkan pada enam peratus.

Ia menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sehingga 10 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here