Keselamatan Siber

Syarikat-syarikat yang mempunyai laman sesawang boleh mengurangkan risiko keselamatan siber terhadap syarikat mereka dengan mempelbagaikan vendor DNS. Pada Jumaat lepas, beberapa laman web utama telah mengalami masalah apabila vendor untuk perkhidmatan internet kritikal dikenali sebagai perkhidmatan nama domain, atau DNS, telah diserang penggodam.

Penggodam membuat serangan yang amat kompleks di internet melalui peranti biasa seperti webcam dan perakam digital dan memotong akses kepada beberapa laman web yang terkenal di dunia pada hari Jumaat lepas. Serangan ini telah mengganggu kestabilan internet global.

Dengan menggunakan pembekal DNS dari perbagai vendor, serangan sedemikian boleh diatasi. Namun, ini akan menambahkan lagi kos pengurusan ‘network’ sesuatu syarikat.

Serangan siber pada Jumaat lepas mencemaskan pakar keselamatan kerana ia merupakan serangan jenis baru yang berpunca daripada pertambahan peranti digital mudah seperti webcam. Peranti sedemikian kebanyakannya tidak mempunyai standard keselamatan yang baik, dan penggodam menggunakan kelemahan itu untuk memanipulasi berjuta-juta peranti tersebut untuk membanjiri trafik internet.

Serangan ke atas syarikat Dyn yang menyediakan perkhidmatan DNS, bermula di sebelah timur Amerika Syarikat pada hari Jumaat dan kemudian merebak ke bahagian lain negara itu dan seterusnya ke Eropah, dan menjejaskan syarikat termasuk Twitter dan Paypal.

Pihak berkuasa tempatan berkata mereka sedang menyiasat kejadian serangan itu. Senarai ‘tools’ yang digunakan untuk serangan ini telah dimuat naik ke dalam talian oleh penggodam yang tidak diketahui (anonymous) pada bulan lepas, menyebabkan senarai suspek serangan semakin bertambah. “Ini adalah perkara biasa yang baharu, internet tidak direka bentuk dengan mengambil kira kemungkinan serangan terhadapnya,” kata pakar keselamatan siber dan usahawan, Barrett Lyon.

LEAVE A REPLY