Sumber imej: mStar

Kerajaan DAP Pulau Pinang belum memuktamadkan keputusan untuk mengikut jejak langkah kerajaan Selangor berhubung cadangan mewajibkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengisytiharkan harta masing-masing.

“Kita pernah usulkan perkara itu sebelum ini, tetapi saya rasa biarlah Kerajaan Negeri Selangor laksanakan dahulu, kata Lim Guan Eng. Sumber imej: FMT

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata perkara itu akan dikaji dan dibincangkan secara mendalam sebelum ia dilaksanakan di Pulau Pinang.

“Kita pernah usulkan perkara itu sebelum ini, tetapi saya rasa biarlah Kerajaan Negeri Selangor laksanakan dahulu. “Kemudian, baru kita akan bincang secara terperinci untuk dilaksanakan di sini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Kerajaan Selangor yang bercadang mewajibkan semua ADUN melakukan pengisytiharan harta.

“Sebab itulah pada masa depan kita harapkan kedua-dua negeri ini mewartakan enakmen sedia ada sekaligus menjadikan perkara ini sebagai kewajipan kepada semua,” kata Hannah Yeoh.

Perkara yang diusulkan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh, pada minggu lalu itu dijangka dibawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Peraturan Tetap untuk dibincangkan.

Jika diluluskan, Selangor bakal muncul sebagai negeri pertama yang akan mewajibkan setiap wakil rakyat di bawah pentadbiran kerajaan negeri mengisytiharkan harta.

 

LEAVE A REPLY