Orang

Tindakan beberapa buah negara Timur Tengah yang memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Qatar mengejutkan semua pihak khususnya dunia Islam yang sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan ini. Konflik yang berlaku memerlukan langkah penyelesaian dengan segera.

Dalam dunia yang masih bergelut hadapi serangan pengganas kini ia memerlukan kerjasama erat semua pihak terutamanya dikalangan negara – negara Islam yang banyak menghadapi konflik semasa dan serangan yang datang dari pihak pengganas. Konflik yang berlaku dikalangan negara – negara terbabit memerlukan penyelesaian dengan penuh aman, tertib serta toleransi.

Antara langkah penyelesaian yang boleh diperrtimbangkan ialah dengan mengunakan saluran “orang tengah” yang boleh menjadi mediator atau timbang tara bagi membincangkan segala masalah yang berbangkit.

Antara pihak – pihak yang dilihat sesuai untuk menjadi orang tengah ialah dengan memilih mana – mana negara dari Timur Tengah sendiri yang lebih memahami suasana dan keadaan semasa di rantau berkenaan ataupun melalui Pertubuhan Kerjasama Negara – Negara Islam (OIC) yang mempunyai pengalaman luas dalam penyelesaian konflik dikalangan negara – negara Islam.

Mereka juga boleh mempertimbangkan untuk mengunakan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman atau King Salman Centre for International Peace (KSCIP) yang baru sahaja ditubuhkan baru – baru ini.

Seperti yang sedia maklum, matlamat utama penubuhan KSCIP adalah untuk mempromosikan proses keamanan diperingkat antarabangsa serta membenteras dan mengekang kegiatan pengganas.

Apa – apa pun langkah yang ingin diambil, konflik yang berlaku perlu diselesaikan dengan segera supaya semua negara – negara Islam dapat bersatu hati serta memberi 100% fokus mereka untuk memerangi pengganas serta pada masa yang sama bagi mengelakkan mana – mana individu yang tidak bertanggungjawab, negara luar atau barat dari mempergunakan isu konflik ini untuk kepentingan diri mereka sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here