sabah
Foto oleh FMT

KEJADIAN culik yang berlaku satu lepas satu di perairan Sabah dipercayai didalangi oleh tali barut atau orang dalam yang ada kepentingan dengan penculik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, tali barut tersebut telah lama melakukan hubungan dengan penculik dan menyebabkan kejadian culik berulang lagi.

esscom-menu

“Semua agensi keselamatan negara telah diarahkan membuat siasatan terpernci sehingga tertangkapnya tali barut yang merosakkan nama negara itu. Kawalan keselamatan negara sudah cukup baik dan tidak boleh diperkecilkan tetapi disebabkan adalanya tali barut yang bersekongkol dengan penculik, maka jenayah culik bolos lagi,” katanya selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC petang semalam.

Kata Najib, selagi ada manusia yang menjadi tali barut, selagi itulah masalah penculikan tidak akan selesai.

“Tetapi kita yakin, tali barut itu akan tertangkap juga satu hari nanti atau dia sendiri akan berhenti melakukan perbuatan terkutuk itu bagi mengelak tertangkap. Apa pun, rakyat di seluruh negara khususnya di Sabah mestilah yakin terhadap kawalan pihak keselamatan kita yang sentiasa memantau keadaan di perairan Sabah,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here