Sumber foto: BHOnline

Malaysia, China dan Australia memutuskan untuk menangguhkan operasi pencarian pesawat MH370 apabila pencarian di kawasan seluas 120,000 kilometer persegi selesai.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat dua hari membabit tiga negara berkenaan yang bermula semalam.

Mural Kreatif ‘Hope Springs Eternal MH370’. Sumber foto: thestar.com.my

“Operasi pencarian kini selesai di kawasan seluas 110,000 kilometer (km) persegi dan akan diteruskan sehingga baki 10,000km persegi selesai.

“Kami jangka ini akan mengambil masa sehingga Oktober atau Disember ini berikutan cuaca buruk serta kerosakan peralatan dan selepas itu, operasi pencarian akan ditangguhkan.

Seorang pegawai penerbangan tentera udara Australia dalam pesawat AP-3C Orion semasa operasi pencarian MH370. Sumber foto: theguardian.com

“Ini tidak bermakna semua sudah selesai, sebaliknya ketiga-tiga negara memberi komitmen akan teruskan pencarian sekiranya ada penemuan bukti yang kukuh mengenai kedudukan MH 370,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media bersama Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang dan Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Australia, Darren Chester di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here