nico

Nico Rosberg menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Belgium di Litar Spa-Francorchamps di Belgium, Ahad.

Rosberg berjaya mengawal perlumbaan apabila meraih kedudukan petak pertama selepas pusingan kelayakan perlumbaan lewat Sabtu malam.

Pelumba Mercedes itu mencatat masa terpantas 1:44:51.058 meninggalkan pelumba Redbull, Daniel Ricciardo di kedudukan kedua.

Rakan pasukan Mercedes, Lewis Hamilton yang juga juara bertahan dunia hanya berpuas hati meraih tempat ketiga.

image via Daily Mail UK

Hamilton terpaksa memulakan saingan di petak terakhir selepas dikenakan penalti kerana menukar komponen enjin.

Kejuaraan Rosberg di Spa-Francorchamps pada Ahad merupakan kemenangannya keenam tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here