Nicholas Fung

KUALA LUMPUR – Pemain golf Malaysia, Nicholas Fung berjaya mengatasi perasaan gementar untuk meraih gelaran sulungnya dalam Jelajah Asia pada Piala Ratu di Thailand hari ini, dan mendedikasikan kejayaan itu kepada bapanya.

Menurut laman web Jelajah Asia, pemain kelahiran Sabah berusia 27 tahun itu, yang merupakan pendahulu semalaman, menampilkan prestasi mantap pada saingan di Santiburi Samui Country Club di Koh Samui, Thailand, untuk mencatat empat bawah par 67 pada pusingan akhir hari ini, dan berkelebihan satu pukulan ke atas pemain tuan rumah, Jazz Janewattananond.

“Kemenangan pertama saya…saya gembira serta sangat teruja. Saya bertuah dapat bersaing bersama Thaworn Wiratchant selama empat hari ini dan saya banyak belajar daripada dia. Beliau seorang legenda dan ia memberi motivasi kepada saya untuk menjadi pemain golf yang hebat sepertinya,” kata Fung….. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here