Negara-negara Arab

Apa yang berlaku pada Qatar merupakan sejarah berulang. Namun sejarah yang ditempah dan dicipta khas oleh kuasa-kuasa barat untuk melemahkan negara-negara Islam. Satu demi satu, bermula dengan Iraq. Cuma negara-negara Arab belum sedar hakikat mereka sedang dihancurkan oleh Amerika dan barat.

Qatar sebelum ini bersama Arab Saudi mengebom Yaman untuk menyingkirkan pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan menggantikannya dengan boneka Arab Saudi. Lebih 20 juta rakyat Yaman kini hidup menderita tetapi tidak dipedulikan masyarakat dunia, meskipun negara-negara Islam termasuk Malaysia.

Kita tidak pernah degar mana-mana ulamak Malaysia mengutuk Arab Saudi dan Qatar yang menghancur-luluhkan bumi Yaman dengan serangan-serangan udara yang bertali arus, khususnya di ibu negara, Sanaa dan bandar-bandar besar lainnya.

Sebelum itu Qatar berganding bahu dengan Arab Saudi dan Turki menyerang Syria dengan alasan menyingkirkan presiden Bashar Assad, atas dakwaan Bashar Assad menzalimi rakyatnya. Tetapi apa yang kita lihat Syria sebenarnya berjuang menentang Taliban dan Al Qaeda, yang semuanya menukar kulit dengan menggunakan nama ISIS, atau IS, atau Daesh.

ISIS kependekan dari perkataan Islamic States of Iraq and Syria, berganti dari nama sebelum ini ISIL, yang bermaksud Islamic State of Iraq and Levant, yang kemudiannya hanya dikenali dengan nama IS, atau Islamic State. Dari situlah timbulnya perjuangan yang dikatakan bertujuan mewujudkan negara Islam di bawah pimpinan Khalifah.

Kumpulan ini hampir mencapai kejayaan dengan menakluki banyak kawasan di Iraq dan Syria. Tetapi mereka akhirnya gagal apabila tentera kerajaan Syria berjaya merampas kembali sedikit demi sedikit kawasan mereka, serta Iraq berjaya menawan semula bandar-bandar penting yang ditawan ISIS.

Meskipun di atas kertas Perang Syria antara penentang kerajaan Bashar Assad dengan tentera yang masih setia kepada kerajaan, tetapi di belakang tabir peperangan yang bermula pada 2011 itu diterajui Arab Saudi, Qatar, Jordan dan Turki

Qatar juga bertanggung jawab membiayai para ulamak mengeluarkan fatwa menghalalkan darah umat Islam, khususnya di Syria dan Yaman, yang tidak sealiran dengan Arab Saudi, Mesir, Turki dan Qatar sendiri.

Namun baru-baru ini, Qatar menjadi sasaran terbaru Arab Saudi serta konco-konconya selepas gagal memusnahkan Syria. Qatar dituduh menyokong pejuang Hamas yang berusaha membebaskan Palestin daripada tekanan Israel, serta kumpulan Hezbollah yang di dukung Iran.

Buat masa ini serangan Arab Saudi serta konco-konconya hanya melibatkan ekonomi dan diplomatik terhadap Qatar, tetapi tidak mustahil penggunaan tentera akan diambil pada masa akan datang, apabila mendapat seruan dari Amerika Syarikat, Britain, dan Israel.

Qatar dijangka negara terbaru akan diporak-perandakan selepas Syria, Yaman, Iraq, Libya dan Tunisia. Qatar juga merupakan jawapan kepada persoalan yang banyak kali ditimbulkan oleh pemerhati Asia Barat dan Arab, siapa selepas Syria…?

Namun siapakah sebenarnya di sebalik semua peperangan di negara-negara Arab dan Afrika Utara itu kalau bukan kuasa-kuasa besar Amerika dan barat yang tidak senang hati melihat negara Islam bersatu padu.

Arab Saudi hanya mengikut perintah Amerika Syarikat. Namun Riyadh mempunyai dendam tersendiri dengan beberapa negara Arab yang lain, termasuk melibatkan perbezaan pegangan agama antara Wahabi (Sunah) dan Syiah, seperti di Syria dan Yaman.

Begitu juga Turki yang didesak berkali-kali oleh Washington sebelum memulakan serangan ke atas Syria.

Apa yang kita lihat sekarang, huru-hara di Asia Barat banyak menguntungkan Israel. Dalam masa negara-negara Islam bergasak sesama sendiri, Israel mungkin sedang melaksanakan rancangan penubuhan sebuah negara Israel yang lebih luas, atau The Greater Israel.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here