nazir
Foto hadapan oleh FMT

PETALING JAYA: Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin mengarahkan peguamnya menghantar notis saman kepada pemilik akaun Facebook yang mendakwanya membuli ketika sedang memandu.

Nazir menjelaskan walaupun pemilik Facebook itu memadam posting yang membuat tuduhan itu, beliau mahu dia bertanggungjawab diatas kesan tindakannya.

“Bila dia buat posting ‘belasah’ saya, keluarga saya, parti saya, kemudian dia tag parti pembangkang, jadi apa niat dia?,” soal Nazir kepada FMT.

“Jadi saya rasa tidak cukup dengan hanya padam posting, dia kena mengakui kesalahannya,” katanya.

nazirMenerusi catatan di akaun pemilik Facebook itu, dia sedang memandu di Lebuhraya Lingkaran Tengah II (MRR2) bersama keluarga dan hampir terbabit dengan kemalangan apabila kereta yang didakwanya milik Nazir menghalang keretanya.

Sebelum itu, ketika di bulatan kecil Seri Gombak menghala ke MRR2, pemilik akaun Facebook itu mendakwa pemandu itu membunyikan hon dari arah belakang berulang kali dan cuba menghimpitnya, menyebabkan kereta pemilik Facebook hampir melanggar pengadang jalan.

Mengulas lanjut, Nazir berkata rakaman video tidak menunjukkan ancaman berlaku seperti kereta dihalang, maki hamun atau pukul memukul.

“Dalam kes ini, kawan ini hon kawan itu, kemudian terus jalan,” kata Nazir. “Dia cakap orang itu ada niat membuli, dia kena kemukakan bukti di mahkamah.”

Nazir berharap tindakan yang diambilnya itu akan beri pengajaran kepada netizen supaya jangan ‘gatal tangan’ menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya.

“Apa salahnya kalau niat dia baik, dia tulis di Twitter atau Facebook menyatakan kereta itu himpit dia, sudah tentu saya sebagai pemilik (kereta) akan minta maaf.

“Saya akan cakap: okay saya minta maaf untuk someone yang pakai kereta saya, bagi pihak dia (pemandu terbabit).”

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff memberitahu beliau belum dimaklumkan adakah laporan polis sudah dibuat terhadap Nazir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here