nazim othman
Cover image via @nazimothman

Pelakon Nazim Othman belum bersedia berkongsi tarikh pernikahannya dengan pelakon Bella Daly yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat ini.

Nazim berkata, dia ada sebab tertentu untuk merahsiakan tarikh pernikahannya itu kerana perlu menyelesaikan beberapa urusan terlebih dulu sebelum berkongsi tarikh itu dengan pihak media dan peminat.

“Tarikh dan lokasi majlis pernikahan sudahpun ditetapkan tetapi saya belum bersedia untuk bercerita mengenainya lagi.

€œApabila semua urusan untuk majlis perkahwinan kami sudah selesai barulah saya boleh berkongsi dengan peminat dan media,€ katanya.

Ditanya mengenai majlis itu, Nazim berkata, ia akan berlangsung secara sederhana saja.

“Saya hanya mengundang mereka yang rapat dan kenal saya untuk datang pada majlis pernikahan nanti.

“Saya juga ingin mengundang pihak media yang banyak menyokong saya ketika susah dan jatuh sakit dulu untuk membuat liputan nanti,” katanya.

Nazim dan Bella mengikat tali pertunangan pada 14 November tahun lalu.

Artikel berkaitan: Persiapan Cara Tersendiri Nazim, Bella

1 COMMENT

LEAVE A REPLY