bella dally
Cover image via Harian Metro

Pelakon Bella Dally yang baru mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September lalu kini seronok dengan kehidupan barunya itu.

Bella, 25, atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally berkata, keseronokan rumah tangga itu lebih kepada tanggungjawab yang dijalankan sebagai isteri dari segi menyediakan makan, minum dan kelengkapan suaminya.

“Ketika bujang saya tinggal seorang diri, tetapi sekarang sudah ada peneman. Lebih menyeronokkan apabila saya pulang dari bekerja suami ada menunggu di rumah. Begitu juga sebaliknya apabila dia keluar bekerja.

“Pada masa sama, setiap hari saya memasak untuk suami terutama sarapan. Ini kerana dia perlu keluar awal ke lokasi penggambaran. Seboleh-bolehnya dia tak nak menyusahkan saya, malah untuk mengemas rumah pun dia tak bagi saya lakukan. Menyedari itu adalah tanggungjawab, jadi saya tetap jalankan.

“Setiap hari saya juga menunggunya pulang walaupun sudah lewat malam. Ada ketika dia meminta saya tidak menunggunya tetapi saya tetap nak meluangkan masa berborak sebelum tidur,” katanya.

Bella yang juga pelakon drama Surah Buat Maisara berkata, sikap Nazim sudah banyak berubah berbanding sebelum berkahwin.

Menurutnya, jika sebelum ini Nazim tegas dalam banyak perkara, sekarang tidak lagi, malah dia lebih banyak berlembut dan mengalah.

Belum berbulan madu

Kesibukan Nazim menjalani penggambaran drama Lara Aishah yang dijangka tamat Disember ini memaksa pasangan ini menangguhkan percutian bulan madu mereka.

“Selepas berkahwin bukan saja suami yang sibuk, malah saya juga terikat dengan banyak aktiviti lain terutama dengan pelanggan. Perkara itu membuatkan kami belum berkesempatan berbulan madu.

“Insya-Allah kami merancang tahun depan. Kalau semuanya sudah selesai, baru kami memikirkan destinasi percutian itu,” katanya.

Mengenai anak pula, Bella menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah.

“Memandangkan usia perkahwinan masih baru, saya belum terlalu memikirkan perkara itu. Cuma saya dan suami tak pernah merancang. Kami bersedia bila-bila masa saja. Bagi saya rezeki yang paling berharga.

“Saya tetap percaya dan yakin dengan ketentuan Allah. Lambat atau cepat itu sudah tertulis. Saya sentiasa berdoa semoga kami segera dikurniakan anak. Pada masa sama saya mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua orang,” katanya.10 September lalu kini seronok dengan kehidupan barunya itu.

Bella, 25, atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally berkata, keseronokan rumah tangga itu lebih kepada tanggungjawab yang dijalankan sebagai isteri dari segi menyediakan makan, minum dan kelengkapan suaminya.

“Ketika bujang saya tinggal seorang diri, tetapi sekarang sudah ada peneman. Lebih menyeronokkan apabila saya pulang dari bekerja suami ada menunggu di rumah. Begitu juga sebaliknya apabila dia keluar bekerja.

Baca lagi: Bella Daly, Nazim Othman Saling Melengkapi

LEAVE A REPLY