Naza paralimpik
Foto oleh The Star

Pemenang pingat emas Malaysia di Rio Paralimpik 2016 bakal menerima satu unit kondominium dan sebuah kereta Kia Sportage serba baru dari Naza Corporation Holdings.

“Naza akan menambah ganjaran kepada juara paralimpik Malaysia dengan suite kediaman di Trion 888, Equine Park sebagai tambahan kepada Kia Sportage serba baru setiap satu,” kata pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Nasarudin Nasimuddin dalam satu kenyataan.

Naza berkata Trion 888, yang terletak di Equine Park, Seri Kembangan sedang dibangunkan oleh cabang syarikat hartanah, Naza TTDI Sdn Bhd yang berharga RM350,000.

Pembangunan itu dijangka siap pada akhir tahun 2017.

“Walaupun dalam keadaan ketidakupayaan, atlet paralimpik Malaysia telah menunjukkan kebolehan mereka. Ini adalah adalah salah satu cara untuk kita menunjukkan semangat Malaysia Boleh!” kata Nasarudin yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia.

Pingat emas pertama Malaysia telah dimenangi oleh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy), manakala Muhammad Ziyad Zolkefli memenangi pingat emas dengan rekod dunia baru dalam lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual).

Sebelum itu, syarikat itu mengumumkan bahawa ia akan memberi ganjaran kepada pemenang pingat emas Malaysia dengan Kia Sportage serba baru kerana telah mencipta sejarah sukan negara di Temasya Paralimpik Rio di Brazil.

LEAVE A REPLY