Ferrari GTC4Lusso T

Ferrari GTC4Lusso T empat tempat duduk dengan varian V8 yang berkuasa, telah mula diperkenalkan pada Paris Motor Show. Serentak dengan kemunculan sulungnya di Paris, pengedar sah Ferrari tempatan, Naza Italia juga mempamerkan model sama untuk peminat kereta tersebut di Malaysia pada majlis pratonton yang diadakan di Kuala Lumpur.

Ferrari GTC4Lusso T dijana oleh enjin Ferrari 3.9 liter turbocharged V8  yang juga digunakan pada model California T dan 488. Untuk mengurangkan turbo lag, Ferrari telah memperkenalkan teknologi baru pada model kali ini yang digelar Variable Boost Management (VBM) untuk melaraskan tahap rangsangan turbo pada gear ketiga hingga ke gear tujuh.

Enjin turbocharged GTC4Lusso T menghasilkan 602hp pada 7,500rpm dan 760nm pada 3,000 kepada 5,250rpm, di mana semuanya dihantar melalui transmisi dwi-klac 7-kelajuan. Output ini membolehkan GTC4Lusso T untuk memecut daripada 0 km/j kepada 100 km/j dalam hanya 3.5 saat.

Tidak seperti enjin V12, GTC4Lusso T hanya menghantar kuasa kepada roda belakang, namun masih mengekalkan konsep four-wheel steering system (4WS), yang disepadukan dengan side slip control (SSC3) untuk maklum balas stereng yang lebih cepat.

GTC4Lusso T kereta empat tempat duduk pertama dengan kuasa V8 yang pernah dihasilkan oleh Ferrari. Untuk peminat di Malaysia, harganya bermula RM 1,088,000.00.

INFO

Ferrari GTC4Lusso T

* Harga asas bermula RM1,088,000

* Enjin: V8 -90 darjah turbo

* Kapasiti enjin 3,855 cc

* Kuasa 610hp, tork 760Nm

* Pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.5 saat

* Kelajuan maksimum lebih 320 km/j

LEAVE A REPLY