Sunday, January 22, 2017
Nawawi Digesa Mohon Maaf Kepada Agong

Nawawi Digesa Mohon Maaf Kepada Agong

172
0
nawawi
Foto hadapan oleh FMT

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad diminta jangan berdolak dalik dalam isu Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, ungkapan Nawawi mengenai perkataan Malaysian Official 1 (MO1) adalah Agong menerusi petikan kenyataan daripada Facebooknya.

“Walaupun dia merujuk pada perlembagaan Persekutuan. Ternyata tafsirannya salah sama sekali kerana Yang di-Pertuan Agong bukannya penjawat awam.

“Yang di-Pertuan Agong adalah simbolik kuasa eksekutif atau lambang autoriti dan terma kuasa eksekutif merujuk kepada kerajaan yang memerintah (government of the day) yang dilaksanakan oleh PM (Perdana Menteri).

“Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja dan terikat dengan nasihat PM dan Jemaah Menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahfuz dalam masa sama turut menggesa Nawawi meminta maaf kepada Agong.

Dalam masa yang sama, Nawawi turut diminta memohon maaf kepada rakyat negara ini berhubung isu tersebut.

“Tidak perlu beliau menunggu titah Tuanku untuk mohon ampun. Tuanku Agong seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa,” katanya lagi.

nawawi
Foto oleh FMT

“Sebagai rakyat Malaysia dan negeri Kedah,  Nawawi perlu mohon ampun kepada Tuanku Agong tanpa tunggu titah Tuanku Agong.

“Jangan cuba mengheret Tuanku Agong untuk melindungi jenayah 1MDB yang dilakukan oleh MO1,” katanya lagi.

Sementara itu, Majlis Kerabat Diraja Kedah kesal dengan kenyataan Nawawi yang mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan MO1 yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

Yang Dipertuanya Syed Idrus Syed Baharom berkata pihaknya juga kesal dengan ahli politik itu kerana tidak membuat permohonan maaf secara rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

LEAVE A REPLY