navigasi

HERE Maps merupakan salah satu perkhidmatan pemetaan dan navigasi yang telah dimulakan oleh Nokia.

Ia telah dijual kepada konsortium baru beberapa bulan yang lepas, dan kini, pemilik barunya mengumumkan penjenamaan semula HERE Maps kepada HERE WeGo.

image via Start LR Tech

HERE WeGo dilihat ingin menjadi satu aplikasi untuk semua keperluan navigasi dan peta mudah-alih anda.

Melalui HERE WeGo, seperti biasa, pengguna boleh membuat pencarian ke sesuatu destinasi, dan anda akan mampu diperlihatkan dengan pilihan jenis kenderaan, selain turut boleh melihat data berkaitan kesesakkan lalu-lintas.

Fungsi popular HERE Maps turut dikekalkan, iaitu kebolehan menggunakan HERE WeGo tanpa memerlukan akses internet.

LEAVE A REPLY