presiden

SINGAPURA: Bekas Presiden Singapura, S R Nathan, meninggal dunia di hospital, semalam.

Penjawat awam berusia 92 tahun yang dikait rapat dengan pengasas pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew, dimasukkan ke hospital pada 31 Julai lalu akibat strok.

“Perdana Menteri dan rakan sejawat berasa sedih atas kehilangan S R Nathan dan mengucapkan takziah kepada keluarganya,” menurut satu kenyataan kerajaan.

singapuraNathan adalah presiden paling lama berkhidmat di Singapura dan pernah menjadi duta ke Malaysia serta Amerika Syarikat (AS), tugasan paling berprestij dalam perkhidmatan kerajaan Singapura.

Mendiang juga pernah berkhidmat sebagai ketua perisik tentera dan memegang beberapa jawatan di sektor swasta.

Urusan pengebumian serta waktu untuk orang ramai memberikan penghormatan terakhir akan diumumkan kemudian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here