NASA
Foto oleh Reuters

NASA telah menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan Organisasi Aeronautikal China (China Aeronautical Establishment – CAE) dalam penyelidikan yang akan membantu lapangan terbang di China meningkatkan pengurusan trafik udara, menurut agensi angkasa US.

China adalah pasaran penerbangan yang paling pesat berkembang di dunia, tetapi penumpang sering berhadapan dengan masalah kelewatan penerbangan. Pihak berkuasa penerbangan di China sering menamakan lapangan terbang yang mempunyai pengurusan yang lemah dan mengenakan hukuman seperti melarang penerbangan baru untuk mendarat di lapangan terbang tersebut.

Dengan memorandum persefahaman ini kedua-dua agensi akan menggunakan data dari lapangan terbang di China untuk mengenal pasti proses yang berpotensi dalam pengurusan trafik udara, dengan tujuan untuk meningkatkan automasi pengangkutan udara di Amerika Syarikat dan operasi penerbangan di China.

NASA berkata butiran perjanjian itu telah dibincangkan semasa lawatan Pentadbir NASA, Charles Bolden pada bulan Ogos, apabila beliau bertemu dengan CAE dan Pentadbiran Penerbangan Awam China.

“China dijangka akan menyaksikan peningkatan besar dalam perjalanan udara dalam masa yang terdekat,” kata Bolden.

“Keupayaan kami untuk bekerjasama rapat akan membantu meningkatkan kebolehramalan kelewatan penerbangan supaya syarikat penerbangan boleh memperbaiki waktu perjalanan dan waktu berlepas untuk meningkatkan kecekapan. Ini akan memberi kesan yang positif kepada syarikat penerbangan Amerika Syarikat yang beroperasi di China dan komuniti penerbangan global.”

Pada bulan Julai, agensi berita rasmi Xinhua berkata China merancang untuk melabur sebanyak 50 bilion yuan (RM 309 bilion) untuk membangunkan sistem pengurusan trafik udara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here