najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau dan bakal presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Dalam catatan menerusi laman Facebook, beliau berkata beliau telah berbual dengan Trump menerusi telefon semalam dan perbualan antara kedua-dua mereka adalah amat mesra dan produktif.

najibtrump

“Antara lain, perbualan kami menyentuh mengenai pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat dan Malaysia.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Trump atas kemenangan beliau dan kami bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan Amerika Syarikat-Malaysia,” kata Najib dan menambah ia merupakan “peluang terbaik” dapat menghubungi Trump selepas kemenangan besarnya.

Trump, 70, calon dari Parti Republikan menewaskan lawannya dari Parti Demokrat Hillary Clinton dalam pemilihan presiden awal bulan ini untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-45.

LEAVE A REPLY