Naikkan

Sudah sampai masanya para majikan bagi semua sektor dalam negara kita baik di sektor awam mahupun di sektor swasta untuk mempertimbangkan bagi menaikkan kadar gaji para pekerja. Dengan menghadapi suasana ekonomi semasa dalam dan luar negara yang kurang menentu serta masalah kenaikkan kos sara hidup sudah pasti ia sedikit sebanyak memberi tekanan kewangan kepada semua pihak.

Umum juga mengetahui, pihak kerajaan juga sedang giat menjalankan kempen bagi membenteras rasuah. Pelbagai langkah boleh diambil bagi mengatasi maslah rasuah dalam negara seperti melalui proses pendidikan sepanjang masa bagi melahirkan kesedaran dikalangan semua pihak mengenai bahaya rasuah.

Usaha penguatkuasaan undang – undang sedia ada juga dilihat penting bagi mengatasi masalah rasuah dalam negara kita. Tindakkan keras yang diambil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka yang terlibat dengan gejala rasuah dilihat penting bagi memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak memandang ringan terhadap budaya rasuah.

Selain daripada itu, usaha pembenterasan rasuah juga boleh dibuat dengan mengenalpasti punca utamanya serta mengambil langkah bagi mengatasi punca berlakunya gelaja rasuah berkenaan. Antara punca utama yang boleh menyebabkan seseorang itu terjebak ke kancah rasuah adalah disebabkan faktor kurangnya punca pendapatan sedia ada serta faktor keadaan ekonomi atau kos sara hidup yang meningkat.

Faktor – faktor berkenaan sudah pasti menyebabkan seseorang pekerja itu terpaksa melibatkan diri mereka ke dalam kancah rasuah serta aktiviti – aktiviti yang kurang sihat yang lain seperti terlibat dengan pinjaman ah long bagi memenuhi pendapatan mereka serta menghadapi suasana keadaan ekonomi semasa yang kian mencabar.

Oleh itu, sudah sampai masanya pihak – pihak yang berkaitan untuk duduk berbincang bagi mempertimbangkan untuk menaikkan gaji para pekerja dalam negara selari dengan kenaikkan kos sara hidup yang dihadapi pada masa kini. Dengan kenaikkan kadar gaji semasa maka seseorang pekerja itu tidak akan mudah untuk terjerumus ke kancah amalan rasuah serta terjebak ke dalam aktiviti – aktiviti yang kurang sihat yang lain.

Pada masa yang sama, pihak – pihak yang berkaitan juga perlu mengambil langkah sampingan bagi membendung masalah kenaikkan kos sara hidup yang dihadapi kini. Kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan sudah pasti akan memberi beban kepada orang awam terutamanya mereka yang berpendapatan rendah serta yang mempunyai tanggungan keluarga yang banyak.

Faktor berkenaan juga boleh menyebabkan seseorang itu terlibat dengan budaya rasuah dan aktiviti – aktiviti yang kurang sihat yang lain Bagi mengatasi masalah ini, pihak yang berkaitan perlu sentiasa memantau serta melaksanakan proses penguatkuasaan undang – undang bagi mengelakkan mana – mana pihak mengambil peluang untuk melakukan penipuan harga atau melakukan sebarang aktiviti pengambilan untung secara berlebihan daripada pengguna.

Selamat menyambut Hari Pekerja 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here