nadya syahera
Cover image @nadyasyahera

Demi mengelakkan fitnah, pelakon Nadya Syahera Rosli, 23, mengambil keputusan menamatkan zaman solo dengan Fizul Nawi, 24 selepas lapan bulan berkenalan.

Pasangan itu bernikah pada 25 September lalu di ibu kota yang hanya bersaksikan kedua rapat kedua-dua pihak.

“Pernikahan ini bukan sahaja untuk mengelakkan fitnah malah ia turut melegakan keluarga saya dan Fizul apabila kami selalu keluar serta bercuti bersama. Lalu dengan persetujuan keluarga, kami dahulukan yang wajib sebelum mengadakan majlis kenduri dan persandingan pada pertengahan tahun depan.

“Alhamdulillah, kami sekarang bebas pergi ke mana saja. Dengan peminat juga senang saya nak jawab yang kami sudah menikah. Bagaimanapun, pernikahan ini belum ramai yang tahu jadi Fizul muat naik gambar di Instagram dan membuat sedikit coretan mengenai status kami.

“Hubungan kami sudah halal jadi tiada apa yang nak disembunyikan lagi. Perkara yang baik elok diuwar-uwarkan agar tidak lagi menjadi bualan ramai apabila melihat kami keluar berdua-duaan,” katanya.

Nadya mula dikenali ramai menerusi watak antagonis Bella dalam drama Semanis Honey.

Nadya berkata, dia mengenali Fizul menerusi laman sosial Facebook.

“Tiga bulan berkenalan memang manis namun masuk bulan berikutnya adalah perbalahan kecil namun bagi saya itu adalah adat dalam mana-mana hubungan.

“Apabila ada keserasian, tidak perlulah kami menunggu lama untuk mendirikan rumah tangga,” katanya.

Fizul yang berasal dari Kelantan mengusahkan Kafe di Shah Alam selain bekerja sebagai model sambilan.

Baca lagi: Nadya Syahera Nyaris Ditampar Peminat Fanatik

LEAVE A REPLY