nad zainal
Cover image via Berita Harian

Niat asal Nad Zainal menyambut hari jadi rakan, sebaliknya, dia yang sarat mengandung pula menjadi sasaran pada majlis baby shower atau acara meraikan si comel yang bakal lahir, baru-baru ini.

Nad atau nama sebenar, Farah Nadia Zainal Abidin, 26, berkongsi kejutan teman rapat yang meninggalkan kenangan indah buat dirinya yang teruja bergelar ibu, tidak lama lagi.

“Mengikut perancangan awal, saya dan Sherry Alhadad mahu membuat kejutan pada hari jadi seorang teman rapat.

Tidak sangka, saya pula diberi kejutan apabila rakan-rakan menyelitkan acara memberi hadiah kepada si kecil yang bakal lahir.

“Tiada tema diberi kerana sambutan dibuat secara kecil-kecilan. Ia dihadiri 10 teman rapat kami.

Semuanya idea Sherry yang terkenal dengan karektor yang suka mengejutkan rakan-rakan. “Sudah tentu parti baby shower yang digabung bersama hari jadi teman rapat saya, Qeela sangat bermakna.

Saya dipakaikan selempang yang tertera mesej ‘Mummy To Be’,” katanya kepada BH Online. Pemegang trofi Pelakon Televisyen (TV) Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 ini berdebar menunggu kelahiran permata hatinya pada bila-bila masa.

“Segala persiapan dan kelengkapan menyambut bayi sudah disediakan, hanya menanti masa saja. Insya-Allah diharap semuanya dipermudahkan.

Saya sudah bersedia menunggu proses itu. “Saya juga terharu kerana tidak putus-putus menerima doa daripada kawan dan peminat.

Tidak dapat saya bayangkan betapa indahnya proses kelahiran bayi ini kelak,” katanya. Bayi yang bakal lahir adalah lambang cinta dan perkongsian hidup Nad dengan suaminya, Muhamad Faliq Amirudin yang dinikahi pada 18 Disember lalu.

Baca lagi: Usaha Nad Pikat Suami

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here