nabila huda
Cover image via Rotikaya

Dek kerana jarang berkongsikan gambar bersama suami di laman sosial, ada pihak mendakwa rumah tangga Nabila Huda sedang bergolak. Bagaimanapun Nabila menafikannya dan menjelaskan beliau enggan peminatnya muak kalau asyik menayang kebahagiaan di laman sosial.

“Tak mahulah sering berkongsi gambar bersama suami nanti ada pihak yang naik ‘muak’ kerana sering menayang kebahagiaan, namun ia bukan bermakna saya menyembunyikan apa-apa. Sekiranya ada masa indah atau saya rasa hendak bergambar bersama suami, jadi adalah”

“Kalau tidak, saya lebih selesa berkongsi mengenai kerjaya dan teman rapat. Kalau diikutkan, saya juga kini lebih gemar meluangkan masa kualiti bersama keluarga dan suami di rumah. Lagipun, memang sejak dulu lagi saya lebih suka berkongsi mengenai kerjaya,” jelasnya.

Begitu pun jika dilihat kehidupan Nabila, memang sejak dari dulu lagi beliau lebih gemar membicarakan soal kerjaya berbanding peribadi. Malah kalau dilihat di akaun Instagram pula, Nabila lebih banyak kongsikan gambar beliau bersama dengan anaknya, Keisha.

Sebelum ini, sekitar tahun lalu rumah tangga Nabila dikatakan bermasalah sehingga beliau dikatakan terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon kerana ingin menyelesaikan masalah dengan suami. Pun begitu Nabila berkata, rumah tangganya masih bahagia dan tidak mempunyai masalah.

Baca lagi: Nabila Huda Tolak Tawaran Berlakon Filem Munafik 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here