Mufti

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memohon maaf kepada agensi penguatkuasa kerana membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar.

Zulkifli menerusi kenyataannya di Facebook menjelaskan, insiden itu berlaku kerana beliau terlibat dalam program cerapan anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur pada Jumaat petang.

“Mungkin ada yang ternampak kami membonceng motosikal tanpa memakai helmet sebentar tadi (petang semalam).

“Memandangkan jalan raya agak sesak dan tidak mahu menyusahkan penganjur dan kelancaran majlis dek terperangkap dalam jalan raya, keputusan diambil untuk membonceng motosikal ini,” katanya yang mengenakan serban di kepalanya.

Gambar Zulkifli turut dimuat naik gambar dari arah belakang yang menunjukkan beliau membonceng motosikal, dipercayai dirakamkan oleh orang awam.

Sehubungan itu, Mufti Wilayah Persekutuan itu memohon maaf kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas tindakan tidak memakai topi keledar.

SHARE
Previous articleSeribu Ahli Parti BERSATU Keluar Parti
Next articleParti Warisan Sedia Bentuk Pakatan Pembangkang Baru Di Sabah
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here