Sumber imej: FMT

Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menyusut setelah agensi Moody’s Investors Service menurunkan penarafan syarikat tersebut.

Moody’s pada Rabu menurunkan penarafan penerbit MAHB kepada A3.

Setakat jam 9.37 pagi Khamis, saham MAHB menyusut 10 sen kepada RM5.80 sen dengan hampir 76,000 saham diniagakan.

Selain taraf syarikat, Moody’s turun menurunkan prospek MAHB daripada stabil kepada negatif.

Menurut firma berkenaan, penurunan itu susulan pelbagai cabaran yang dihadapi operasi MAHB di Turki.

Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul. Sumber imej: bbc.com

Ianya termasuk cubaan rampasan kuasa di negara itu 16 Julai lalu serta serangan pengganas di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul awal tahun ini.

Susulan perkembangan tersebut, Moody’s menjangka Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen milik sepenuhnya MAHB akan mengalami penurunan besar pertumbuhan trafik penumpang dalam 12 hingga 18 bulan akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here