sepang
Foto oleh FMT

PETALING JAYA: Selepas 13 tahun memimpin Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Mokhzani Mahathir akhirnya meletak jawatan, lapor New Straits Times.

Anak lelaki kedua bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu dinamakan pengerusi SIC pada 2003.

Menurut laporan itu, Mokhzani berkata beliau diminta melepaskan jawatan itu, dan hari terakhir perkhidmatannya adalah pada 11 Oktober.

Mokhzani salah seorang lelaki terkaya di Malaysia, dan berada di tangga 28 dalam senarai 50 individu Malaysia terkaya oleh Forbes.

mokhzani

Forbes menanggarkan nilai kemewahan beliau tahun ini AS$480 juta (RM2.02 billion).

Beliau antara lain turut mempunyai tempat dalam lembaga pengarah SapuraKencana, penyedia perkhidmatan minyak dan gas terbesar di negara ini, syarikat kabel fiber optik Opcom Holdings dan gergasi telekomunikasi Maxis.

Beliau adalah anak ketiga daripada empat anak Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Ali.

SIC belum mengumumkan pengganti Mokhzani.

SIC secara rasmi dibuka pada 9 Mac 1999 dan menganjurkan siri Formula One Grand Prix dan MotoGP setiap tahun sejak itu.

LEAVE A REPLY