MoF
Foto oleh The Star

Kementerian Kewangan (MoF) telah meluluskan lesen bank perdagangan kepada China Construction Bank (Malaysia) Berhad (CCB Malaysia), anak syarikat milik penuh China Construction Bank Corporation Ltd.

BNM menjelaskan bahawa pemberian lesen komersial untuk CCB Malaysia merupakan lesen komersial yang pertama di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Pemberian lesen ini adalah berdasarkan kepada kekuatan dan keupayaan China Construction Bank Corporation Ltd dan ia merupakan saranan terbaik untuk ekonomi Malaysia.
Menurut BNM, tumpuan utama CCB Malaysia adalah dalam pembiayaan projek infrastruktur dan ia akan menambah nilai kepada peralihan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

“Kehadiran CCB Malaysia dijangka mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dan kewangan antara China dan Malaysia, seterusnya menyumbang ke arah pembangunan sektor kewangan yang lebih berkesan dan dinamik di Malaysia.”
Minggu lalu Dewan Rakyat meluluskan keahlian Malaysia kepada institusi kewangan antarabangsa Infrastruktur Asia Investment Bank (AIIB) yang diketuai oleh China.

China Construction Bank Corporation Ltd adalah sebuah bank ditubuhkan pada 1954. Pada 2015 ia menduduki tempat kelima di kalangan bank-bank utama yang disenaraikan di dunia.

LEAVE A REPLY