model

Pelbagai desas-desus telah kedengaran sebelum ini, termasuk mengatakan Apple mungkin akan hadir dengan beberapa variasi model – termasuk salah satunya hadir dengan sokongan dwi-kamera belakang.

Perkara ini semestinya tidak disahkan lagi buat masa ini, dan hanya sekadar desas-desus sahaja.

Tetapi dengan ramai yang menantikan apakah yang bakal hadir daripada Apple – kini sebuah model replika untuk iPhone 7 Plus diperlihatkan berasaskan kepada pelbagai perkara yang telah tertiris sebelum ini.

Peranti replika ini hadir daripada salah satu syarikat di China dan telah dihantar kepada pemilik saluran UnboxTherapy secara eksklusif.

Seperti biasa, ia tidak disahkan lagi sama ada versi akhir akan sama sepertinya ataupun sebaliknya.

Peranti replika ini menyertakan pelbagai perkara yang telah diperkatakan sebelum ini, termasuk dwi-kamera pada bahagian belakang, tiada lagi garisan antena pada bahagian belakang, disamping tidak menyertakan port audio-jack.

Jika ya iPhone 7 Plus hadir seperti model replika ini, adakah anda akan memilihnya?

LEAVE A REPLY