Sumber imej: thestar.com.my

MIDF Research mengekalkan unjuran akhir tahunnya bagi ringgit pada RM3.95 berbanding dolar AS walaupun penurunan penarafan ringgit denominasi bon kerajaan oleh Fitch Ratings.

Ini kerana kebergantungan Malaysia kepada hasil minyak tidak sebanyak seperti dinyatakan dalam penilaian Fitch, yang menjadi sebab kepada penurunan penarafan itu.

“Walaupun dilihat sebagai amat bergantung kepada komoditi, fiskal Malaysia kurang bergantung kepada hasil berkaitan minyak.

“Berdasarkan kepada anggaran kami, hasil berkaitan minyak akan menyumbang antara 11.9 peratus dan 12.6 peratus kepada jumlah pendapatan Persekutuan dengan harga minyak diunjurkan pada purata AS$30/35 setong,” kata firma itu dalam nota penyelidikan hari ini.

MIDF berkata, mata wang tempatan meningkat, dalam dagangan harian berbanding dolar AS kepada dolar AS 4.015, bagaimanapun menurun semula, manakala hasil bon untuk tempoh 10 tahun tidak berubah.

Secara logiknya, MIDF berkata, semakan dalam penarafan kredit biasanya mempunyai impak yang ketara kepada pertukaran dalam aliran dana kepada negara masing-masing.

“Penarafan kredit yang rendah akan menandakan hasil yang lebih tinggi dan boleh memberi kesan kepada aliran dana berikutan pelabur dan institusi mengimbangi semula portfolio mereka dengan sewajarnya.

“Bagaimanapun, ini bukan keadaan umum. Contoh yang baik, Filipina dan Thailand memegang penarafan kredit yang lebih rendah daripada Malaysia tetapi mempunyai hasil bon kerajaan untuk tempoh 10 tahun yang lebih rendah,” katanya.

SOURCEBERNAMA
SHARE
Previous articleMH370 Mungkin Menjunam Sederas 400km Sejam
Next article‘Kita’ Lagu Khas buat Amyra Rosli
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here