michael

Michael Phelps dari Amerika Syarikat memenangi acara 200 meter rampaian individu Olimpik bagi merangkul pingat emas ke-22 dalam sepanjang kariernya.

Kejayaan itu meletakkannya sebagai perenang pertama memenangi acara yang sama dalam empat temasya berturut-turut. Perenang Jepun, Kosuke Hagino memenangi perak sementara Wang Shun dari China membawa pulang gangsa, kedua-duanya mempamer aksi dramatik apabila terdahulu mara ke final dengan masing-masing menduduki tempat kelima dan ketujuh.

Ia adalah satu lagi persembahan luar biasa bagi Phelps, 31, yang kini memenangi dua acara individu dan dua emas rampaian di Olimpik kelimanya, dua tahun selepas kembali daripada bersara. Pungutan pingatnya kini meningkat kepada 26 keseluruhan, termasuklah dua perak dan dua gangsa dengan satu lagi acara 100m kuak kupu-kupu akhir akan berlangsung esok dengan 13 pingat diperoleh daripada acara individu.

image via CNN

“Buat masa ini saya tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya. Saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan,” kata Phelps. “Ia terlalu sakit … badan saya dalam kesakitan, kaki saya sakit, saya penat.”

Meski memenangi empat emas di London 2012, Phelps berkata, dia berpuas hati dengan persediaan dan keputusan di sana. “Perkara terbesar bagi saya sepanjang saingan setakat ini adalah saya dapat menamatkannya seperti mana saya mahukan. Saya dapat kembali dan saya dapat memperoleh apa yang saya impikan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here