Sumber imej: i.telegraph.co.uk

Laluan penerbangan yang dipetakan Kapten Zaharie Ahmad Shah ke Lautan Hindi hanya merupakan salah satu daripada “ribuan” laluan simulator penerbangan di rumahnya, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menteri Pengangkutan berkata, simulator itu bagaimanapun tidak mengesahkan bahawa juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan sengaja menyebabkan ia terhempas ke laut.

“Sehingga kini, teori ini masih dalam siasatan. Masih tiada bukti yang mengesahkan Kapten Zaharie dengan sengaja menerbangkan pesawat ke Lautan Hindi.

“Ya, beliau mempunyai simulator bagi laluan penerbangan itu, tetapi ia merupakan salah satu daripada ribuan simulasi ke banyak tempat di dunia.

Pelbagai teori telah dikemukakan dan terbaharu adalah seorang pakar siasatan kemalangan udara telah mendakwa juruterbang sengaja menerbangkan pesawat ke permukaan laut. Sumber imej: theguardian

“Dengan hanya berdasarkan perkara itu, kita tidak boleh mengesahkan beliau yang melakukannya,” kata Tiong Lai pada sidang media di sini, Khamis.

Tiong Lai meminta semua pihak untuk tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Larry Vance, bekas penyiasat bertugas dalam Canadian Aviation Safety Board. Sumber foto: express.co.uk

“Tidak wajar membuat spekulasi atau teori-teori tidak berasas yang tidak membantu siasatan.

“Jika anda ada bukti, mohon serahkannya kepada pasukan penyiasat,” katanya.

Baru-baru ini, laporan media asing menunjukkan Kapten Zaharie telah merancang Boeing 777 pada saat akhir, bercanggah dengan pendirian rasmi bahawa pesawat itu tidak dikawal semasa terhempas.

SOURCEmStar
SHARE
Previous articleMuhyiddin Serah Permohonan Daftar Parti Politik Baharu
Next article1.2 Juta Tiket Masih Belum Terjual Di Olimpik Rio
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here