Sumber imej: http://globalplusnews.com/

Penyiasat kemalangan dari Australia mendedahkan data menunjukkan Penerbangan MH370 mungkin menurun pada tahap sehingga 6,700 meter seminit sebelum ia jatuh ke dalam laut bersama-sama 239 orang penumpang dan anak kapal.

Ketua Pesuruhjaya bagi Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Greg Hood. Sumber foto: airlineratings.com

Dalam temu bual beliau yang pertama selepas mengambil alih jawatan Ketua Pesuruhjaya bagi Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Greg Hood memberitahu AirlineRatings.com di Perth, komunikasi satelit automatik dengan Boeing 777 itu pada minit terakhirnya menunjukkan kadar penurunan pesawat tersebut meningkat secara mendadak daripada kira-kira 1,200m seminit sehingga 6,700m seminit.

Peningkatan besar itu menunjukkan tidak ada sesiapa sedang mengendalikan pesawat itu, kata beliau.

Keseluruhan kawasan pencarian. Sumber imej: airlineratings.com

Wawancara eksklusif dengan AirlineRatings.com itu diadakan selepas beberapa media memetik satu laporan FBI yang dibuat dua tahun lalu mengenai program simulator penerbangan yang dimiliki juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya, yang mendakwa beliau meluncurkan pesawat Boeing 777 itu dalam satu pendaratan ke dalam air yang terkawal dan bahawa ATSB sedang membuat pencarian di tempat yang salah.

Hood memberitahu AirlineRatings.com, laporan FBI itu bukan sesuatu yang baharu.

“Kami mengetahui mengenai laporan FBI itu selama dua tahun dan ia telah dilaporkan secara meluas di dalam media pada masa itu. Ia bukan satu perkara baharu.”
Akan tetapi Hood menegaskan kepada AirlineRatings.com, laporan FBI itu hanya “berkemungkinan menunjukkan terdapat perancangan dan mungkin niat, tetapi ia tidak memberitahu kita di mana pesawat itu berada.”
MH370 hilang dalam keadaan penuh misteri pada 8 Mac 2014, selepas perhubungan dari pesawat itu terputus semasa apa yang sepatutnya merupakan satu penerbangan rutin dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Bagaimanapun, Hood masih yakin untuk menemui MH370 pada bulan-bulan akan datang.
Ketua Pengarang AirlineRatings.com, Geoffrey Thomas berkata pendedahan baharu ATSB ini “menjelaskan lebih banyak maklumat mengenai saat-saat akhir tragedi MH370 itu.”
“Adalah amat penting ATSB, bagi pihak pasukan pencarian pelbagai negara itu, melenyapkan spekulasi yang merosakkan tentang apa yang mungkin atau tidak mungkin berlaku pada MH370,” kata Thomas.
SOURCEBHOnline
SHARE
Previous articlePRN P.Pinang: DAP Enggan Menunggu Lama
Next articleMIDF Kekal Unjuran Ringgit Pada 3.95
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here